Related Posts with Thumbnails

Online shop

SEORANG POLIS TRAFIK, KAWAN BAIKNYA DAN SEHELAI SURAT SAMAN

>> Thursday, January 8, 2009



Assalammualaikum W.B.T

Sedikit renungan yang perlu dikongsi bersama. Semoga ia menyedarkan saya
serta anda semua.

Suatu Hari.......

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala
hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau
terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu
merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang.
Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi
lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah
ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya
sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil
mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu.
Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun
agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah
menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun
sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau
langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah.
Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh
melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam
kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu
di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap
kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun
mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah
nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau
apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas
bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali
peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku
kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal
sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil
berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Story by : Mentari Jingga

0 comments:

Gangs. .

INDEX

RECENT


Back to TOP